Sunday, December 17, 2006

Kudos to Mahisham!!

The scanned newspaper cutting sent by a fren to me (TQ Hilmy!)

Today, very early in the morning I received sms-es from friends telling me to read the Mingguan Malaysia. One of the best students of OUM is my old classmate Mahisham.

When I checked the electronic versions, I found the relevant articles here in Mingguan Malaysia and Metro Ahad:

In case the pages don't last, here are the screenshots of the online version:




The full text of Harian Metro:
Siap tugasan sambil baring
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Tidak hadir kelas setahun kerana kecederaan tulang belakang

KUALA LUMPUR: “Setahun lalu, saya tidak dapat hadir ke kelas selama setahun kerana masalah kecederaan tulang belakang. Malah, kerana kecederaan itu saya terpaksa menyiapkan tugasan diberi pensyarah dengan cara berbaring.


“Bagaimanapun, masalah berkenaan tidak sedikitpun melemahkan semangat saya. Dengan menggunakan kudrat yang ada saya teruskan pengajian,” kata Mahisham Mahmood.

Mahisham, 44, membuktikan masalah berkenaan bukan halangan untuk dia meraih kejayaan apabila berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, malah dipilih salah seorang graduan daripada 100 graduan yang menerima pengiktirafan Hadiah Buku Universiti pada majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Terbuka Malaysia (OUM), di sini, semalam.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian itu, berkata semangat untuk berjaya membuatkan dia meneruskan pengajian walaupun terpaksa menanggung kesakitan dan berdepan pelbagai kesukaran.

Katanya, pada masa sama dia mahu menunaikan hajat ibunya Maimun Abdullah, 72, yang mahu melihat anaknya itu menerima ijazah.

“Alhamdulillah, usaha saya itu tidak sia-sia dan ibu saya berpeluang melihat saya menerima ijazah selepas tidak dapat berbuat demikian ketika adik saya menerima ijazah di Amerika Syarikat 14 tahun lalu,” katanya.

Konvokesyen berkenaan disempurnakan Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim. Hadir sama, Naib Canselor OUM, Prof Tan Sri Datuk Dr Anuwar Ali.

Konvokesyen selama tiga hari itu menyaksikan 3,378 graduan menerima diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana. Bersempena konvokesyen itu OUM buat pertama kalinya turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran kepada tiga tokoh akademik dan korporat.

Mereka ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Meteor Doc Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman, Pengerusi Malaysia Biotechnology Corporation, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaluddin Syed Salim.

Mahisham yang masih bujang berkata, semangat semata-mata tidak mencukupi untuk dia mampu meraih kejayaan cemerlang.

Katanya, konsep pembelajaran fleksibel yang diguna pakai di OUM, antaranya penggunaan internet untuk berhubung juga menjadi antara faktor dia mampu meneruskan pengajian dan meraih kejayaan.

“Dalam berusaha, saya juga bertawakal kerana ia adalah jalan terbaik untuk saya mendapatkan apa yang dicita-citakan,” katanya yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan.

Selain Mahisham, Amiza Mohd Salleh, 46, (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian, Azizah Ahmad, 41, (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian) dan Paul Baisier, 29 (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) turut menerima Hadiah Buku Universiti.

Meskipun mereka belajar secara sambilan kerana sudah ada kerjaya, masing-masing mengakui mampu lulus dengan cemerlang berikutan mampu membahagikan masa dengan baik.

Pada masa sama, disiplin yang tinggi turut diakui sebagai faktor utama kejayaan mereka.

Sementara itu, kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Roshan Lal Tirath Ram, 54, turut menerima Sarjana Pengurusan pada konvokesyen berkenaan.

Bagi Roshan, usia bukan penghalang untuk dia menuntut ilmu kerana ilmu adalah sesuatu yang perlu dipelajari sepanjang hayat.

“Keputusan belajar dalam usia lanjut juga sebagai persediaan selepas bersara. Dengan kelulusan yang diperoleh, dapatlah saya gunakannya untuk mengisi masa terluang seperti menjadi pensyarah sambilan.



And the full text of Mingguan Malaysia

Penyakit saraf tak halang Mahisham jadi graduan terbaik OUM

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Walaupun menghidap penyakit saraf yang menyebabkan sebahagian anggota badannya lumpuh, Mahisham Mahmood hari ini membuktikan ia bukan penghalang untuk beliau muncul antara graduan terbaik Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Lebih membanggakan Mahisham, 44, lulusan Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, mencapai kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Hadiah Buku Universiti.

‘‘Walaupun lebih kurang setahun saya tak dapat menghadirkan diri (ke kelas) sebab kecederaan tulang belakang dan penyakit saraf, tetapi dengan menggunakan cara pembelajaran terkini secara dalam talian, Alhamdulillah, saya berjaya ke tahap ini,’’ katanya ketika ditemui Bernama pada majlis Konvokesyen OUM, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mahisham lulus dengan cemerlang walaupun terpaksa berulang-alik dari hospital dan melaksanakan tugasan beliau sepenuhnya di atas katil kerana penyakitnya.

Mahisham yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Warkah Baru, Kelantan, berkata ibunya juga antara faktor pendorong kejayaannya.

‘‘Selain daripada sambung belajar, saya juga memenuhi hasrat ibu yang mahu melihat anaknya mengambil ijazah kerana sebelum ini ibu saya tidak dapat menghadirkan diri pada konvokesyen adik saya di Amerika Syarikat,’’ katanya.

Ibu Mahisham, Maimun Abdullah, 72, yang hadir pada majlis itu berkata, beliau bersyukur terhadap kejayaan anaknya.

Pada majlis yang sama, tiga tokoh dianugerahkan Ijazah Kehormat.

Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dianugerahkan kepada bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Tan Sri Dr. Abu Hassan Othman manakala Ijazah Kehormat Doktor Sains masing-masing diberikan kepada Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, pengerusi Bank Rakyat dan bekas penasihat sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Ahmad Zaharudin Idrus.

Anugerah itu disampaikan oleh Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

– Bernama

The last time I met Mahisham was in 2004, when he was teaching at SRK Zainab 3, K Bharu. The sad thing was that, despite being in touch via sms, he never mentioned about his condition to me :-( Anyway, I called him today, and he's agreed to have lunch with some of us in S Alam tomorrow.

Congratulations, Mishae, we are very proud of you!!!




0 Comments:

Post a Comment

<< Home