Titisan Memori Tuan Hj Hamdan b Ab Rahman
The second part his "Titisan Memori" which covers his reminiscence of our former school has already been published in my other blog. I am now planning to type out the first part.
He divided this first half into a few subtopics:
- Episod Masuk Sekolah Tidak tahu Bahasa
- Episod Belum Bersunat Sudah Jadi Guru
- Episod Masuk ke Institusi Pendidkan Melayu Tertinggi di Dunia
- Episod Penguasaan Bahasa Inggeris Dari Pergaulan
- Episod Lepasan Sekolah Atap disangka Lulusan Inggeris
- Episod Saat Paling Kerdil
- Rahsia
Please come back for more. I will add on to each of the above subtopics as I find the time... Slowly but surely.... Maybe a subtopic a day?
Episod Masuk Sekolah Tidak tahu Bahasa
Pembelajaran saya bermula di sekolah Melayu. Masa dahulu orn masuk sekolah paling muda umur sepuluh tahun sedangkan saya dimasukkan ke sekolah Melayu oleh bapa saya pad usia enam tahun. Jadi saya merupakan murid darjah satu yang termuda. Murid lain ada yang sudah bermisai. Kami dahulu mengenal [alif bat a} lebih dahlu daripada [a b ].
Pada ketika itu saya tidak tahu pun Bahas Melayu kecualai beberapa patah kata. Apa guru cakap sepatah pun saya tidak faham. Hampir-hampir di hujung darjah dua barulah saya pandai sedikit Bahas Melayu. Bagaimana saya belajar? Saya belajar melalui pergaulan dengan murid2 besar yang bercakap Melayu. Budak2 kecil yang Jawa terus bercakap Jawa, yang Bugis terus bercakap Bugis. Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok itu keturunan Bugis dari kampong jiran.
Episod Belum Bersunat Sudah Jadi Guru
Pada tahun 1951 saya tamat di darjah tertinggi sekolah Melayu. Tahap pencapaian agak baik tetapi pada zaman itu yang bernama sekolah menengah melayu belum ada. Peluang yang terbaik bagi lepasan sekolah melayu masa itu hanyalah menjadi guru. Orang lain masuk sekolah umur sepuluh tahun. Jadi tamat darjah enam sudah enam belas tahun. Bolehlah terus menjadi guru kalau kelulusan bagus. Sebaliknya saya baru 12 tahun. Bagaimana hendak menjadi guru, sedangkan bersunat pun belum? Mahu tak mahu terpaksalah tunggu lagi empat tahun dalam darjah enam. Bayangkan sahaja murid lain paling lama kena menuggu dua tahun. Saya ini empat tahun!
Episod Masuk ke Institusi Pendidkan Melayu Tertinggi di Dunia
Setelah dapat melepasi beberapa sekatan saya terpilih masuk ke Sultan Idris Training College di Tanjung Malim. Waktu itu yang bernama SITC itulah institusi pendidikan aliran Melayu yang tertinggi dalam dunia. Saya ulangi, Dalam dunia!
Pada penguhujung tahun 1958 saya lulus dari SITC lalu dilantik menjadi guru berkelayakan. Waktu itu guru lulusan kolej dikira sehabis-habis pandai dalam masyarakat. Hendak naik tinggi lagi tangga melayu belum siap. Tangga Pak Tih (orang putih) ada tetapi di bandar sedangkan saya mengajar di sekolah darat. Niat hati saya kalau ada sahaja tangga melayu ikut mana2 pun saya hendak naik juga.
Mujur maktab perguruan bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1958 membuka pintunya kepada para guru. Kena mengambil peperiksaan khas. Waktu itu masuk peperiksaan menjadi hobi. Kalau gagal bukannya rugi. Saya mengadu nasib. Alhamdulillah, saya berjaya dapat masuk ke maktab tersebut pada tahun 1960.
Episod Penguasaan Bahasa Inggeris Dari Pergaulan
Lulus dari maktab perguruan ini saya kena mengajar bahasa kebangsaan di sekolah menengah Cina. Sekolah ini kemudiannya menukar corak dari aliran Cina menjadi aliran Inggeris. Maka guru-guru aliran Inggeris pun semakin ramai. Saya kena mengingat kembali pelajaran2 bahasa Inggeris yang pernah saya pelajari sebelum itu. Di sini saya beroleh peluang yang amat luas untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris di samping membaca bahan2 persuratan dalam bahasa itu. Saya tidak persia-siakan peluang itu. Hasilnya kebolehan saya berbahasa Inggeris terasah dan tergilap.
Tahun 1962 peperiksaan sijil pelajaran Persekutuan Tanah Melayu buat pertama kalinya diadakan dengan pengantar Bahasa Melayu. Saya buat persediaan secara bersendirian untuk mengambilnya. Alhamdulillah saya lulus dengan Gred 2, mendapat aggregat 25 serta lulus Bahasa Inggeris Rendah.
Bahasa Melayu. Sekali lagi saya membuat persediaan secara sendirian berhad. Alhamdulillah, saya lulus dengan sijil penuh serta lulus mata pelajaran General Paper dalam Bahasa Inggeris. Kelulusan ini setaraf dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris SPPTM. Dengan kelulusan itu saya dapat masuk universiti Malaya. Orang masuk sebagai mahasiwa, saya masuk sebagai maha situa kerana anak sudah tiga.
Episod Lepasan Sekolah Atap disangka Lulusan Inggeris
Tamat dari universiti saya ditempatkan mengajar di maktab perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Di sana saya beroleh kesempatan tambahan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris yang menyentuh bidang2 iktisas yang lebih ilmiah sifatnya. Saya ikut ajaran pengarah filem Seniman Bujang Lapok. Action! Action punya action, orang atasan sangka saya ini lulusan sekolah orang putih. Ini menjadi punca saya dipilih untuk dihantar melanjutkan pengajian di negeri orang Putih.
Di sinilah baru saya benar-benar belajar dengan pengantar Bahasa Inggeris. Waktu berada di sekolah inilah saya belajar dengan penuh disiplin. Pada kebanyakan mata kuliah, jumlah siswa dalam satu kelas jarang mencapai angka belasan orang.
Pada tahun pertama saya dimasukkan ke dalam kumpulan Afrosia, berkawan dengan siswa dari Jepun, Turki, Kurdis Iraq. Habis penggal pertama Jepun mencicirkan diri. Habis penggal kedua Turki dan Iraq mencicirkan diri. Dalam penggal ketiga saya merupakan satu-satunya siswa yang masih tinggal di kelas itu. Jadi dalam penggal ketiga itu ada kursus yang siswanya saya seorang sahaja. Bayangkan, pensyarah satu pelajar. Situaasi ini mewajibkan saya membuat persediaan selengkan mungkin setiap kali berhadapan dengan pensyarah.
Episod Saat Paling Kerdil
Habis peperiksaan bertulis pada penghujung tahun kedua kami kena ujian lisan. Enam orang professor bertaraf dunia menanti untuk menyoal kita. Inilah saat yang saya rasakan paling kerdil dalam sejarah pengajian saya. Kertaas jawapan kita dilambakkan di atas meja. Para penguji itu mengambil mana-mana yang dia suka, membuka dan membacanya lalu menggertak “apa benda yang kamu tulis mengarut-ngarut ini?” saya disergah dengan satu soalan – saya beri satu jawapan – mereka sanggah jawapan saya – saya balas sanggahan mereka – mereka senyap. Tiada siapa yang mahu melanjutkan soalan. Disuruhnya kita tunggu di luar sebentar. Mereka bermesyuarat serta merta. Sejurus kemudian professor yang menjadi secretary lembaga peperiksaan keluar dengan senyum simpul:
Rahsia
0 Comments:
Post a Comment
<< Home